Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 29, 2009

"NAFI MABUK?"

intoxicated by alcohol. otherwise known as being drunk. means - losing body and mind control due to high level of substance - ethanol. it leads to erratic behaviour. which is a common denominator - sekiranya anda "orang gila".

erratic behaviour = mabuk
erratic behaviour = gila

ergo - mabuk sama seperti turning "gila".

i am pretty sure you've heard about crazy people will always deny that they are crazy.or "orang gila tak akan mengaku gila". but the thing is, on the flip side, if you claimed that you are mad then it sets the case for you to be one. it is one of those lose-lose scenarios you see.

now. if you were to replace gila with mabuk - as proven earlier, "orang mabuk tak akan mengaku mabuk." kalau dia mengaku mabuk - especially to the press, then it means memanglah dia mabuk.

observation?

it does not matter whether or not you claim to be drunk or you claim not to be drunk.
in such situation, it just means you are.

tricky? yeah. i think so too.

Monday, December 28, 2009

pemerhatian gampang

antara hobi aku adalah pengklasifian subjek. manusia termasuk dalam definisi 'subjek' aku. ergo, aku gemar klasifikasikan manusia. ia mirip kepada pembelajaran sosiologi. mirip bermaksud hampir sama, tapi tidak sama sepenuhnya. mungkin kau secara gampang merasakan aku judgemental - tapi... suka hati mak bapak aku-lah.

maaf aku digress.

anyway, antara observation awal aku adalah mengenai manusia dan substan. hubungan antara substan individu dengan corak pemikirannya. dan yang paling menarik adalah bagaimana manusia memberi justifikasi dan rasional tentang substan dirinya.

berdasarkan ini aku telah klasifikasikan mereka kepada dua kumpulan. aku faham ini bersifat general... kerana hanya ada dua kelas sahaja di sebalik pemerhatian ini.
aku suka benda benda yang bersifat general kerana ia lebih simplistik dan sering mengundang perdebatan yang berkilau-kilau ketika minum kopi lewat malam.

so... dua kelas manusia yang aku maksudkan tadi.

kelas pertama (tiada kena mengena dengan CGPA kehidupan - ini adalah menurut urutan dalam benakku sahaja)justifikasi diri pra substan. dan kelas kedua justifikasi diri pasca substan.

kelas pertama. dalam garisan lurus hidup katakan A-Z (A permulaan kehidupan, Z pengakhiran); terdapat satu titik konverjens yang mempertemukan A dan Z.
pada titik ini individu itu mengambil tekad - iaitu penentu cara hidupnya yang juga bakal jadi penentu kepada cara individu itu mati. kerana secara empirikal, manusia itu mati paralel dengan cara ia hidup. seorang pahlawan mati di medan perang, seorang yang suka makan mati akibat obesiti - sebagai contoh.

jadi, individu kelas pertama selalunya mangambil keputusan untuk menjadi sesuatu - dan segala tenaganya kemudian tertumpu ke arah menjadi sesuatu itu. contohnya - seorang peguam korporat yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kekayaannya untuk menjadi seorang anti kapitalis atau mungkin juga seorang 'junkie' yang berhasrat untuk menjadi guru agama sekolah pondok yang dinamik. whatever it is, keputusan untuk bergerak ke arah sesuatu adalah pre substan, atau pun terdahulu sebelum substan dibina.

kelas kedua. mudah. individu membina substan terlebih dahulu dan kemudian mencari justifikasi dirinya. contohnya, seseorang yang malas bangun pagi untuk mandi dan pergi kerja - mengaku dirinya seorang rebel, anti penubuhan sambil tersenyum bangga di sebelah poster che guevara sebagai foto profil facebooknya. atau seorang yang malas belajar - mengaku bahawa beliau tidak dilahirkan untuk menjadi pelajar.

study kes ini. lihat hidup anda, potong kelepet lebihan pada benak anda, tampal pada hati sebagai label. which class you belong to.

sehingga ketemu lagi. :)

Sunday, December 13, 2009

and so it is...

i can't stand it when men say duh...

the al hadas besar...

there will be a point in your life.
that you will need to decide.
at any level of consciousness.

whether you want to be on stage...
or you want to be an audience.

both are not a binary observation of good. or bad.
it is just auxiliary - as a guide.

although arguable...
being an audience is usually much easier.

i am not a free man.

you can never be a free man.
at least not easily.
even if you decide to disconnect and run into the wild.
into the wild was a good movie.
about a man wanting to be free.
but he isn't free since he is constantly fighting.
fighting to reach his ideals.
so from that observation alone, it says that...
as long as you are fighting, you are not free.

most men in the street are not free.
because most men are rational.
when you are rational, you are made of reasons.
and as long as you have reasons...
you are not a free man.

the only way for you to be free.
is to be free of reasons.
which means - you are irrational.
irrational men are free.
but it is hard to be irrational.
even the act of saying
"i have no reason for doing that"
- is a reason.

so.
face fact.
most of us are not 'free men'.
which only means that we are fighters with reasons.

you tell me if that is not a good thing.

sekian.

Friday, December 04, 2009

aphrodite melayu siri II

aku tak suka pergi surau. surau tu dekat tepi longkang besar seberang jalan depan taman tempat rumah aku. aku jarang pergi. sebenarnya tak pernah pergi pun. jemaah dekat surau tu pun semua garang belaka.mak aku pernah hempuk aku dengan kayu. kayu yang dia jumpa masa berkebun sebab aku tak nak pergi surau. besar kayu tu. dia kata aku malas sembahyang. sakit kena hempuk. aku pun pergi. tapi aku tipu dia, aku pergi singgah kedai mubarak main tikam tikam. semua orang pandang aku semacam. agaknya sebab aku malas sembahyang.

Dalam hati aku cakap, "Ya Allah, ampunkan hambamu ini."Tuhan Maha Pengampun. bukan macam mak aku. tapi takpe mak aku senang kena tipu.

melati memang lawa... rajin pergi surau pulak tu. ada satu malam tu... bapak melati, abdul rahman namanya, buat kenduri dekat surau. aku curi-curi tengok nama melati dalam buku kedatangan sekolah... sebab tulah aku tahu nama bapak dia. sekarang melati dah masuk universiti, aku je yang tak. bapak dia ustaz. ustaz rahman. dia pun suka hempuk aku dalam kelas. sebab aku malas sembahyang, sama macam mak aku. kenduri tu ada beriani gam.

"hmmm... aku mesti pergi surau."

aku ni agak kacak kalau berbaju melayu. aku rasalah... seingat aku, mak aku yang cakap. masa dekat tengah jalan pergi surau tu macam-macam aku jumpa. biawak mati, pokok berhantu, bola golf (mungkin dari kelab golf askar-askar bersara dekat tepi lake garden)... anjing, anjing tu kejar aku, nasib baik ada bola golf dan makcik limah gemuk. apa punya anjing, orang gemuk pun dia takut. makcik limah gemuk jual kain, tapi aku tak berapa sure dia jual kain atau sekadar suka borak-borak sebab dia tak ada benda lain nak buat selain jual kain. tak ada orang beli kain dia pun... masa berjalan tu, banyak benda aku fikir... pasal kenapa aku malas, kenapa aku kerja part time dekat ladang koko tu, gaji bukan banyak pun... pasal kenapa aku suka melati...

Aku suka Melati. Dia pun suka aku mungkin sebab tangan aku kuat sebab aku kerja kat ladang koko. Kadang-kadang bila aku lapar aku curi koko buat makan tengah hari.Pada hari Ahad, aku naik bas tambang 80 sen dengan Melati pergi berkelah dekat Lake Garden.Aku tak cakap pun kat Melati,"Wah putihnya kulit kau, apa kata kau kasi aku ringan-ringan kejap lagi..."Tak mana ada. Aku cuma senyap je, cakap dalam hati tapi.Hari Ahad tu, masa aku dengan Melati berkelah dekat Lake Garden tu, aku bawak suratkhabar Mingguan Ahad buat alas punggung. Kat surat khabar tu tulis..."PEREMPUAN BUNUH TEMAN LELAKI SELEPAS HUBUNGAN SEKS",aku selerak selerakkan atas tanah je surat khabar tu,"SAYA MAHU LELAKI BERIMAN",Kemudian aku dengan Melati duduk atas tanah beralaskan kertas-kertas tu. Selesa juga kertas surat khabar tu.Lepas tu, aku tak cakap pun,"Minyak Daun Palas, bagus untuk mengubati kurap kepala, tekak berlendir, memutihkan kulit serta keguguran rambut, dijamin berkesan dan murah!"Tak. Mana ada aku cakap. Aku senyap. Aku senyum je.Lepas tu aku cium Melati atas surat khabar mingguan Ahad tu. Kat Lake Garden. Melati kata sedap cium dengan aku. Atas surat khabar.Mingguan Ahad. Pada hari Ahad yang lembap.Kepala aku mana ada kurap.

"ish... kalaula boleh aku cium pipi melati tu...""putih pipi dia... tapi gigi dia bersepah sikit""takpe... boleh suruh dia pakai braces""lepas cium boleh raba-raba...""ASTAGHFIRULLAH" syaitan memang banyak malam malam ni... alah tapi aku malas sembahyang memang patut pun banyak setan dalam badan aku. dah pukul 10.22 dah. aku pakai jam digital casio je. beli kat pasar malam. kenduri macam dah habis. takpe pergi jugak.memang dah habis. ramai yang dah balik. agaknya melati pun dah balik. tak nampak kelibat. "huish, sedap betul bau beriani gam ni..."tiba-tiba aku kena sergah dengan ustaz rahman..."Assalamualaikum, tak nampak pun tadi masa baca Yassin, tulah orang yugoslavia pernah cakap... HE WHO IS LATE MAY GNAW THE BONES" aku tak faham apa ustaz rahman cakap. konon dia tahu speaking dia pandailah. dalam kecoh kecoh orang kemas tu aku selongkar periuk. ada tulang temulang…Orang cakap Jin suka makan tulang. Malam tu... aku makan nasi dengan tulang saja. Agaknya ramai juga jin-jin yang temankan aku pada malam itu. wallah hualam.

ada sebab kenapa langit jadi magenta

fashion comes back every 40 years.
in the year 2020, people will be dressing like duran duran.
or boy george.

everyone's a victim of fashion.
thinking you are not makes you a victim.

so...

aretha franklin, raffles city... singapore.

someone asked me what's the best job in the world.
i said. "to be a critique"

the best job in the world.
its quite simple really.
all you need is.

shit.

i forgot what you need if you wanna be a critique.
i guess its not as important as i thought.

kalau kau cakap kau tak cool, kau sebenarnya cool and that isn't cool.

so what if what you saw... wasn't real?
like for instance, you don't have fingers.
those are actually carrots.
but you see them as fingers.
fingers in my head might look different from fingers in your head.
what if you looked like an ape in my head.
because i see myself as an ape.
but that is fine because ive been seeing apes since forever.
which means... we are all apes.
or we are all just hollow.
filled with images we are programmed to see.
which means. in essence.
we do not exist.
we are just articles from a big ass mosaic of perception.

so cane?