Search This Blog

Loading...

Monday, June 15, 2009

pulse lightning breasts

tumpu pada titik!
-apa?
tumpu pada titik!!
-huh?
titikkk! fokus!
-oh... thought i heard something else.

Tuesday, June 09, 2009

dengar khutbah jimi

awang grenadine said "excuse me while i kiss this guy!"
i said "sky!"
he said "wha?"

and then i yelled..."excuse me while i kiss the sky... not guy!"

he replied - "tak fun lah you nih."

awang left.

gee.

i wanna quit [fill it in if you must]

turkey kesejukan.
confirm tak boleh orgasm.

Monday, June 08, 2009

makcik talulah pemain konga

makcik talulah jiran aku merupakan seorang pemain konga. dia cerita pada aku dia paling benci dengan depresi yang kini semakin komersial. terutamanya bila depresi itu terunjur degan penulisan puisi. penulisan puisi akibat depresi adalah seperti membalut daun zanzibar dan kemudiannya dihisap.

aku tanya macam mana rasanya?

dia kata - nak tahu cubalah! dia tersengih, dengan mata sedikit melirik ke gambar potret mendiang suaminya dollah tonte, seorang pemain akordion.

menurut makcik talulah - kerana itulah dia bermain konga. kerana jika dia depres, dia akan melepaskan perasaan pada konganya, katanya depresi itu real jikalau ia bersifat iceberg. dan konga itu hanyalah tip iceberg tersebut.

selain itu makcik talulah juga bermain golf di laman belakang rumahnya. kadang-kadang makcik talulah akan mewarna badannya dengan cat merah jambu. dengan berseluar pendek berwana hijau floresen, beliau akan berjalan-jalan topless sambil menghayun-hayun iron nombor 7 atau 9.

bulan lepas. polis jumpa mayat makcik talulah. di sebelah mayatnya yang terkujur, selaras senapang pump ala charles bronson turut ditemui. polis beritahu aku, makcik talulah telah menghala senapang ke dalam mulutnya dengan angle lebih kurang 45 darjah. polis juga beritahu aku, otak makcik talulah melekat di dinding membentuk corak klef treble. aku rasa polis malaysia memang suka exaggerate.

disebabkan makcik talulah hidup sebatang kara, polis menyerahkan nota bunuh dirinya pada aku. nota itu ditulis atas sekeping invois. invois pembelian 12 kotak susu yang aku tidak tahu untuk siapa. yang pastinya semua susu-susu itu tentu sudah tamat tempoh - tamat tempoh macam makcik talulah.

di atas nota itu tertulis "semua cerita, kalau dipanjangkan... akan berakhir dengan kemusnahan kekal, i.e. kematian... jikalau tidak, cerita itu tidak diceritakan dengan betul..."

aku yakin nota itu ditulis secara fakta tanpa elemen puisi.

pengalaman etereal di pusat bandar damansara

jadi lepas proses permohonan renew paspot ni saya kena tunggu untuk buat bayaran pulak?
- yes.
berapa kaunter yang bukak hari ini?
- satu...
jadi kalau nombor saya 1431, dan nombor sekarang 1300... ada seratus 141 orang yang tengah menunggu?
- ye encik.
jadi kalau on average... seorang 2 minit... maksudnya 282 minit lagi giliran saya?
- secara matematiknya yalah. kot.
lebih kurang 4 jam? tapi sekarang dah pukul 5... jadi pukul sembilan?
- ... 5.30 kot.
maksudnya 12.4 saat seorang? wah! incredibly impossible innit?

- heh! you percaya pada magis? [sambil mengelip mata]

entri tentang kehidupan amish cawangan bukit jelutong

dear qomarhool zenjabil,

jangan jadi sempit. hidup ini terlalu luas algebra dan arithmetiknya. kalau you rasa hidup ini hanya berputar pada paksi x, dan x itu you.you terlalu naif. dan daif - mungkin bukan daif dari segi material. sebab dengan rumah di bukit jelutong dengan dapur marble. kehidupan versi 2.5 yang boleh diupgrade berasaskan increment gaji tahunan.mungkin bukan daif material.

tapi...

tapi daif akal.daif akal itu lebih teruk daripada bodoh, sedikit bagus daripada tolol. and i just want you to know.kalau you bencikan i. i benci you seratus dua puluh kali, lebih teruk. seratus dua puluh tahun lebih lama, seratus dua puluh point lebih kejam...

sekian, wassalam.

p.s. : asap rokok buat penampilan kita lebih dramatik dan magikal. :)

Wednesday, June 03, 2009

awang grenadine

awang kenapa kau hensem?
oh. jangan terpegun sampai sebegitu rupa. nanti kau akan jadi bahan anekdot

awang hensem minum grenadine

awang kenapa kau hensem?
- oh. jangan terpegun sampai sebegitu rupa. nanti kau akan jadi bahan anekdot di parti-parti liar jalan mahogani.
awang kenapa kau hensem?
- ok. kau memang tak akan give up kan? ok. dulu zanzibar harun telah melukis potret aku - dia panggil potret itu potret vaniti.
macam dalam dorian gray?
- lebih kurang.
jadi mana potret tu sekarang?
- kau nak tengok?
nak! boleh?
- baik. pakukan ibu jari kakimu ke lantai!
hah?
- maksud aku... jangan ke mana mana. tunggu sampai aku balik.

[a minute later]

- here you go. silalah minum grenadine yang aku buat.
tak buruk pun potret ni?
- kenapa kena buruk?
dalam cerita dorian gray - potretnya jadi buruk kerana hatinya busuk.0-
- oh. deduksi yang sudah terang lagi bersuluh...
apa???

- hati aku mulia-lah.

[pause]

- atau mungkin zanzibar harun dah modify potret menggunakan 'inverse vanity manoeveur.'
maksud kau?
- lagi busuk hati aku, lagi hensem gambar aku.
ohhh...

[hirup grenadine sambil ketawa dalam berfundamentalkan diafram seperti kelakuan luar kawal golongan barjuasi]