Search This Blog

Loading...

Monday, August 28, 2006

A DAY IN THE LIFE

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Negara telah berbesar hati merasmikan Forum dan Ekspo Jamban Kebangsaan.

Pada Ekspo Jamban Kebangsaan ini, beliau berkata usaha-usaha sebegini yang diterajui oleh Kementerian Penerangan menerusi RTM harus diberi pujian tinggi melangit dan harus dijadikan contoh oleh kementerian-kementerian lain. Ia bakal meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kepentingan kebersihan dan kenyamanan Jamban yang seterusnya akan mempengaruhi tahap kebersihan jamban-jamban ini.

Beliau turut menambah bahawa sudah sampai masanya; “Revolusi Jamban” yang telah berlaku di negara-negara maju lain untuk berlaku di negara ini. Ini adalah kerana tahap kebersihan jamban awam yang tinggi bakal menggambarkan keadaan sosio ekonomi, tahap pendidikan serta kesihatan di negara ini.

“Tidak molek rasanya jikalau pelancong-pelancong asing datang ke negara ini dan menjumpai tahi-tahi yang terapung dalam mangkuk jamban ataupun baki-baki air kencing yang belum dipam apabila mereka menggunakan jamban-jamban awam kita. Kita perlukan satu usaha bersepadu, pada peringkat nasional bagi merubah budaya dan perangai manusia-manusia di negara ini ke arah mencapai jamban-jamban awam yang lebih bersih! Dengan adanya jamban-jamban yang bersih kita semua boleh membuang air besar dan air kecil dengan aman dan nyaman!”

Kipas-kipas elektrik bontot beliau turut menambah rencah, “Walaupun pada realitinya, keadaan sosio ekonomi di negara ini mungkin tidak seindah mana, kesedaran terhadap kebersihan jamban awam ini amat kritikal sebagai satu strategi ‘cover line’ yang berkesan serta efektif kos! Biar depa semua ingat kita ni maju! Yang penting kosmetik, dalaman-dalaman ni Tuhan saja yang tau!” begitulah syor-syor mereka.

Demikian ceritanya di Petaling Jaya, 23 Ogos baru-baru ini.