Search This Blog

Loading...

Saturday, March 25, 2006

'u boleh pergi mampos.'

nobody.
really.
knows.
whats inside.

me.

and then.
suddenly.
potentials.
told me.
to...
prematurely
meet my maker.

maybe i should.

just.

pergi mampos.

'melodrama yang menyesatkan... kan ku ludah semua dengan gula-gula kapas, berbentuk hati...'

pukimak

ten thousand apologies
to the people whom i have slandered and libelled.

particularly.

JAGA UM.
bangsa tak sekolah dapat power.
ungka rambut flat top berotak khinzir.

sorry i digressed.

apologies again.

Wednesday, March 15, 2006

isham's posting's pasting

NAJIB, MINYAK DAN SENJATA

Finnish ambassador to Malaysia, Lauri Korpinen, last week announced that hisgovernment was eager to step up dealings with Malaysia. Right now the Finnsare aiming for defence contracts and to help promote Finnish companies,Defence Minister Dr Seppo Kaariainen is scheduled to arrive sometime thismonth, at the invitation of Malaysian Deputy Prime Minister Datuk Seri NajibTun Razak.

Duta Finland ke Malaysia, Lauri Korpinen, telah membuat pengumuman minggulepas yang kerajaan beliau cukup bersedia untuk meningkatkan lagi hubungandengan Malaysia. Ketika ini negara Finland sedang merancang untuk memborongkontrek-kontrek persenjataan dan untuk mempromosi syarikat-syarikat Finland.Menteri Pertahanan Finland Dr. Seppo Kaarianen dijangkakan akan membuatlawatan ke Malaysia pada bulan ini. Lawatan ini adalah di atas jemputanTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. ( Terjemahan dari laporanasal)

Laporan Jakob Holm dari ScanAsia.com – 6 March 2006

Dalam tulisan saya pada akhir tahun lalu, saya telah membuat ramalan bahawaharga bahan bakar minyak akan naik tiga kali pada tahun 2006 ini. Ramalanharga minyak naik telah tepat. Untuk ramalan 3 kali naik, saya salah. Ini disebabkan kerana kerajaan telah menaikkan 30 sen untuk satu liter, justerupada tahun ini harga bahan bakar minyak tidak akan naik lagi.Saya juga telah menulis tiga tahun dahulu bahawa negara kita perlu melakukanperubahan gaya hidup. Apabila Najib Razak yang saya lihat duduk mengerengdi kerusi dalam kaca tv mula menyebut perkataan – gaya hidup –ketika diwawancara dalam usaha untuk menerangkan kepada rakyat kenapa harga naik 30, saya hanya tersenyum.

Esoknya pula semua akhbar membawa indukberita untuk menyambut saranan – MENGUBAH CARA HIDUP – sayatersenyum lagi.Saya tersenyum kerana, di sini ada satu perbezaan mutlak di antara pandanganyang disarankan oleh Najib dengan konsep, falsafah dan pentakrifan maknagaya hidup yang saya ajukan. Walau pun bunyinya sama tetapi adaperbezaannya yang cukup luas seperti sanggul Rosmah dengan fesyen rambutZiana Zain.Pada hemat saya gaya hidup yang disarankan oleh Najib hanyalah memintarakyat jangan berbelanja secara boros. Menggunakan duit secara berhemah.Membeli apa yang perlu sahaja. Gunakan khidmat pengangkutan awam. Dan dandan kazak kazak kazak et cetera et cetera et cetera bla bla bla.......

Sekali dengar memang tepat saranan ini untuk mereka yang tinggal di BukitTengku, di Country Heights atau di Bukit Putrajaya. Saranan ini pasti akandapat menenteramkan roh mereka untuk terus merasa selesa sambil bersyukurkerana tuhan telah membuka pintu kontrak dan melambakkan rezekibertimbun-timbun. Sebagai tanda pengorbanan mereka, pada tahun ini merekahanya akan ke Umrah sekali sahaja dan tidak lagi empat kali setahun sepertibiasa dilakukan.Untuk terus membuktikan kesetiaan mereka terhadap saranan Najib lalu merekamembatalkan percutian membeli belah ke London atau Paris dan hanya menempahtiket ke Hong Kong dan Jakarta. Mereka juga akan membatalkan pesanan jamRolex dan kasut Prada yang telah mereka tempah dari Star Hill. Mereka secaraikhlas sanggup berkorban apa sahaja untuk negara, bangsa dan Najib keranaharga minyak telah naik 30 sen. Sebagai gantian Prada mereka menempah begLouis Vuitton dan jaket Armani.Kereta mereka yang berbelas-belas telah dipindahkan untuk disimpan kepekarangan rumah ke dua. Manakala cita-cita untuk menghadiahkan sebuah Lexusdan sebuah penthouse baru kepada si Minah Genit yang membantu kerja dipejabat telah dibatalkan. Ini diganti dengan hadiah sebuah kereta Honda dansebuah kondo.

Sedarlah, bahawa mereka ini adalah warga misali yang taatsetia dengan perintah Najib. Mereka berbelanja secara berhemah dan menyahutseruan untuk mengubah cara hidup.Bagaimana agaknya pengorbanan Mak Cik dan Pak Cik yang tinggal di flet SriPahang dan flet KTM di Bangsar Utama. Bagaimana cara mereka berkorban untukmembuktikan kesetiaan mereka terhadap Najib apabila minyak dinaikkan 30 senseliter. Pendapatan mereka di bawah 2000 ringgit sebulan. Dua atau tigaorang anak masih bersekolah. Mungkin mereka juga telah membatalkan cita-citamereka untuk membeli Mercedes mata belalang dan kini hanya menyimpanangan-angan untuk memiliki sebuah Kancil atau Proton.Tetapi, permintaan Najib agar mereka menggunakan pengangkutan awam memangtidak masuk akal, kerana selama ini merekalah orangnya yang amat setiamenggunakan LRT dan bergerak dengan bas. Untuk pulang ke kampung ketikaberhari raya mereka juga menaiki bas jarak jauh.

Najib seharusnya tidakperlu menyeru dan meminta mereka berkorban agar menggunakan pengangkutanawam. Atau Najib mahu mereka menapak berjalan kaki pergi memburuh?Atau si Najib ini meminta mereka mengurangkan perbelanjaan dapur? Saya inginbertanya kepada Najib - apa lagi yang patut mereka kurangkan. Mereka tidakpernah memesan keju dari Perancis atau hati angsa dari Switzerland. Merekahanya makan ikan kembung, ayam pencen dan jika membeli daging mereka membelidaging kotak.Demi yang Maha Esa, walau pun flet mereka tidak sampai satu kilometer dariTalawi, mereka belum pernah memasuki La Bodega, Talawi Bistro atau CoffeeBeans. Mereka makan di rumah dan minum kopi bungkus cap ayam. Paling mahalmereka berbelanja apabila membeli ayam goreng yang berselaput denganaji-no-moto dari KFC atau berbelanja makan di kedai Mamak.

Barang-barang keperluan dapur mereka dibeli dari kedai di bawah flet ataudari pasar malam. Mereka tidak pernah memasuki Bangsar Shopping Complex atauke Bangsar Village, walau pun mereka tinggal di Bangsar. Kesemua yang merekabeli hanyalah keperluan asas untuk hidup. Tidak ada barangan‘lux’ yang mereka beli.Untuk menghias badan, mereka membeli pakaian di Jalan Masjid India.Sesekali, jika ada modal sedikit mereka mengelencong ke Jalan Tengku AbdulRahman untuk ke Kamdar bukan ke Sogo. Mereka tidak arif tentang Gucci, DonnaKaran atau Estee Lauder. Jangan silap anggap jika ternampak anak-anak merekamemakai baju DKNY atau seluar Levis, semua ini dibeli dari Petaling Streetbuatan Golok.

Atau apakah Najib mahu mereka berkorban dan berhenti dari membeli beras,garam, gula, minyak, kelapa, ikan, telur dan sayur. Atau Najib mahu merekamenjimatkan duit tanpa keluar ke mana-mana, hanya terperlesok dalam rumah.Atau Najib mahu mereka jangan beli minyak motosikal lagi dan mula berjoginguntuk ke tempat kerja.Saya rasa Najib dan isterinya Rosmah tidak pernah membeli apa-apa di pasarmalam atau membeli bahan dapur dari kedai runcit. Saya ingin memberi merekatahu bahawa kenaikan 30 sen harga bahan bakar minyak ini telah mengakibatkankenaikan kesemua harga barang-barang keperluan asas. Ini bukan satupropaganda kosong.Saya mengetahui semua harga barang-barang asas telah naik harganya. Inibukan kerana saya sedang membuat kajian ilmiah tesis Phd. Saya tahu hargabarang-barang seperti bawang, sawi, lada, bayam, ikan, telur, gula, susu,kopi, kubis, pisang, gas memasak – semuanya naik – Saya tahukerana saya membeli barang-barang ini untuk keperluan asas hidup saya.Saya arif tentang berapa sen tambang bas naik di Kuala Lumpur. Jangan lupatambang bulanan bas sekolah untuk anak-anak telah naik awal lagi.

Saya jugatahu berapa ringgit pula tambang bas jarak jauh telah naik. Meter teksi yangdipercepatkan semakin melonjak agar harganya tambangnya naik. Orang-orangseperti Mak Cik dan Pak Cik di flet Sri Pahang pada hemat saya tidak perluberkorban. Tidak ada apa-apa yang perlu mereka korbankan. Kami bukan sepertiNajib yang mampu berkorban berpuluh-puluh ekor lembu di Pekan pada setiaphari raya haji. Saya juga tidak sanggup berkorban kerana saya hanya adamemelihara seekor kucing jantan yang mungkin tidak akan diterima olehpegawai masjid sebagai amalan korban.Lagi pun saya sendiri tidak berani meminta sesiapa pun untuk berkorban. Sayatidak meminta Najib mengurangkan pembelian solekan untuk Rosmah. Ataumeminta Rosmah mengurangkan pembelian intan berlian. Saya juga tidak akanmeminta Najib mengurang kilo emas yang diminta sebagai hantaran perkahwinananak mereka. Saya juga tidak meminta Najib mengurangkan koleksi CD lagu-lagunyanyian Ziana Zain. Jika saya meminta mereka membuat pengorbanan sedemikianmaka saya pasti akan dianggap tidak sopan, kurang ajar dan tidak Melayu.

Tetapi, seyogia diingati dan awas bahawa saya berhak mempersoalkan kenapaNajib terus menerus membeli senjata dari Poland atau dari Perancis ? Apagunanya kereta kebal dari Poland itu? Siapa musuh kita yang akan menyerang?Apa gunanya kapal selam yang di beli dari Perancis itu? Siapa yang hendakkita tembak?Minggu lalu ketika saya berlegar di alam siber saya terserempak denganberita tentang menteri pertahanan Finland yang akan datang melawat Malaysiaatas jemputan Najib. Dari berita yang saya baca si Mamat Finland ini jugaingin datang menjual senjata. Senjata bentuk apa pula yang akan di beli olehNajib ini? Apakah kita masih belum cukup senjata lagi. Dalam hal pembeliansenjata ini saya ingin bertanya siapa agaknya yang menjadi orang tengah danakan mendapat komisen? Berapa peratus agaknya komisen yang diperoleh hasiljual beli senjata ini. Apa yang pasti bukan Mak Cik dari flet Sri Pahangatau Tok Bilal dari Felda Taib Andak yang menguruskan jual beli ini. Inisemua kerja Najib sebagai menteri senjata.

Untuk saya pembelian senjata ini adalah persoalan gaya hidup. Kita wajibmengubah struktur gaya hidup negara kita yang berselirat dengan senjata.Negara kita tidak memerlukan senjata seperti kapal selam, kereta perisaiatau kapal terbang. Semua ini hanyalah alatan perang yang terus dicipta olehpeniaga industri perang dari Amerika Syarikat dan Eropah. Tujuan menjualsenjata ini ialah untuk mendapat keuntungan. Manakala di dalam negara kitaakan muncul kumpulan pelobi atau syarikat perunding yang akan meraihberjuta-juta dolar sebagai duit kopi kerana dapat meluluskan kontrak jualbeli senjata ini.Mak Cik Felda dan Mak Cik dari flet Sri Pahang sedang merungut marah keranaharga barang-barang asas naik. Mereka marah kerana duit mereka makin kurangnilainya berbanding dengan dua minggu dahulu. Tup tup ketika kita semuasusah payah mencari makan tiba-tiba si Najib ini telah menggunakan duitnegara – duit kita semua – untuk membeli senjata. Pastilah kitasemua jadi bengang dan bertempik marah.

Dari data yang saya temui Najib telah berbelanja hampir 4 bilion ringgituntuk membeli pelbagai jenis senjata dari Poland, Rusia, Perancis danBritain. Ini belum termasuk belanja pelbagai projek senjata yang gagal.Kereta kebal DRB HICOM yang berkarat. Bangunan tentera yang runtuh. Kapalperang yang dibuat di Lumut tidak pernah siap.Keadaan bertambah sewel apabila semua senjata dari luar negara ini semuanyasenjata sudah terpakai – tangan kedua – second hand. Kapalterbang perang MIG Rusia tangan kedua, kapal selam Perancis tangan kedua,kereta kebal Poland tangan ke dua. Nasib baik Malaysia tidak jadi belikapal selam Belanda yang sampai sekarang tersadai berkarat di Lumut. Kapalselam Belanda ini pun dulu sampai kerana sudah ada malaun yang melobiuntuk menjualnya kepada si Najib.Empat bilion ringgit ini bukan kecik anak. Jika dikumpulkan duit-duit inipasti ianya boleh digunakan untuk menghantar semua orang Melayu di Malaysiaini untuk pergi naik haji. Malah kita juga boleh mengangkut sama mamak-mamakdan saudara-saudara baru kita seperti Sangkaran Pillay aka Chandra Muzzafaruntuk sama ke Mekah.

Gaya hidup membeli senjata ini yang wajib kita sama-sama ubah. Membelisenjata adalah kerja membazir. Dalam zaman nuklear ini negara dari duniaketiga seperti Malaysia ini tidak perlu kapal selam atau kereta kebal. Kalaumusuh hendak menyerang dan menawan Malaysia, kita ada senjata yang lebihkuat. Senjata ini ialah rakyat Malaysia sendiri. Contohnya, sila bacakembali apa yang telah terjadi kepada Amerika di Vietnam pada tahun70’an dahulu. Satu bala tentera yang terkuat dalam dunia ini akhirnyatunduk kalah. Dan hari ini rakyat Iraq telah menunjukkan kepada kita semuacara mempertahankan diri dari ditawan musuh. Mereka menggunakan periuk apibuatan sendiri.Rasa saya si Rosmah perlu menasihatkan si Najib agar mengubah gaya hidupuntuk berhenti berbelanja membeli senjata dengan menggunakan duit orangramai. Atau si Najib perlu menasihatkan si Rosmah untuk mengubah gaya hidupagar jangan lagi membawa pelobi-pelobi penjual senjata. Jika pengantin duasekapal ini mengubah gaya hidup mereka pasti subsidi minyak masih dapatdiberikan kepada orang ramai.END

Wednesday, March 08, 2006

blogjobber

bila mula merangkak. mimpi nak berjalan. dah mula bertatih, berangan nak berlari. bila dah mula berlari, terasa macam nak terbang. bila dah sedar 'babi' memang tak boleh terbang baru terhegeh-hegeh nak belajar berjalan betul-betul. terkedek-kedek, yang lain semua dah melompat mencucuk langit, mengait bintang, engkau? terbongkang tadah hujan.

orang cakap, semua orang ada tempat cipta sejarahnya masing-masing, tempat engkau belum 'confirm' dekat mana. yang 'confirm' bukan di 'sini', bukan di wilayah ini. tu yang buat kau nak belajar buat roket pulak tu kan? tapi bila semua orang cakap dekat engkau, "babi mati naik roket, ikan tak boleh tunggang basikal, monyet tak boleh diajar berniaga dan kera tidak mungkin lulus professional paper!" kenapa tak mahu percaya?.

dan sememangnya kau suka dengar cakap orang... in fact 'cakap orang' itulah konstruk asas kendiri engkau. secara kolektif engkau ini ciptaan 'orang rasa' walaupun kau kata kau tablarasa! ha-ha.

engkau ni macam gula-gula kapas, manis tapi hampas.

lepas tu engkau reply... "nak buat macam mana... biarlah orang lain naik ke bulan dulu."