Search This Blog

Tuesday, June 15, 2010

kegemaran ramli abas

ramli abas kelihatan lebih ceria pada hari itu. pada hari itu ketika beliau meramas tetek lembu. kelihatan jus putih penuh lemak mengalir keluar hasil setiap ramasan.

pada hari itu, nazwan ishak mengikuti rombongan pemuda umno pantai remis untuk melawat ladang tenusu yang telah dicadangkan buat sekian lama. ladang lembu tenusu milik majikan ramli abas.

ramli abas masih meramas-ramas, peluh mula mengalir daripada dahinya. peluh-peluh itu kelihatan seperti askar-askar kerdil dan translusen yang berpusu-pusu untuk roll call. kesemuanya berkumpul, berbaris di dagu. titisan-titisan peluh ramli abas membuakan beliau nampak seksi.

nazwan ishak pula duduk di tepi kandang dalam keresahan sambil membetul-betulkan topi nelayan cap 'Titleist' tiruan yang dibelinya di pasar manila di sabah. entah kenapa, nazwan ishak terasa aneh melihat ramli abas meramas. dia kurang pasti sama ada, perasaan aneh itu datang dari ramli abas yang tegap berkulit hitam-hitam coklat - atau lembu betina yang mekar dan munggil itu - yang juga berwarna hitam-hitam coklat. nazwan ishak masih merenung. kalaulah renungan itu boleh membunuh.
agak kurang pasti siapa yang akan mati. ramli abas atau lembu yang diramas.

ramli masih meramas. kadangkala lidahnya terkeluar akibat khusyuk.

ketika itu, puan jamal jamaliah terus mengujarkan agar mereka meneruskan peninjauan di sekitar ladang tenusu itu. ketua rombongan lantas setuju dan terus membuka peluang kepada peserta rombongan yang kesemuanya kelihatan mandom dan bosan untuk bertanyakan soalan.

secara automatik, otot otot lengan nazwan terpanggil untuk mengangkat tangan. semua mata kuyu kini dijegilkan ke arah nazwan ishak. nazwan ishak masih lagi terpaku, mulut sedikit ternganga dengan tangan yang kejap melayang di udara.

ketua rombongan terus bersuara memecah kesunyian awkward.

"ye encik nazwan?"

nazwan tersentak dan lantas terus menjawab...

"i'll have what he's having..." sambil tersengih menuding jari kepada ramli abas yang masih gigih meramas.

"oh, gelinciran freud..." kata ramli abas dalam hati.

6 comments:

Anonymous said...

wau.
pemerah susu lembu pun tahu freud's theory.

Suren said...

topi nelayan cap 'Titleist' tiruan yang dibelinya di pasar manila di sabah

hahahaha.....fucker!

klownfish's stupid looking puppy said...

cute. i loike this.

Anonymous said...

orang dalam pic. ni, kalau dicerahkan n ditambah sedikit fat, i think he will look like u kot.

hehe. just kidding aje.

Anonymous said...

anonymous. stop kidding. you are not funny. seriously. stop.

Anonymous said...

u fool. i mean both of u. gile bodoh.