Search This Blog

Loading...

Monday, July 20, 2009

Dear Marlon

Aku menguap tanda lethargi. Kalau badan aku ada tolok penunjuk kadar tenaga, aku rasa sekarang aku sering berada pada tahap amaran amber. Mungkin berikutan penggunaan zolpidem yang agak keterlaluan kebelakangan ini, aku sering berada dalam keadaan somnolens konstan pada siang hari.

Aku rasa masalah fizikal aku sebenarnya disebabkaan ketergelinciran roh aku daripada rhythm cirkadia – a 24 – hour cycle in the biochemical, physiological or behavioural process of living entities. Senang cerita bila orang tidur aku berjaga, bila orang berjaga dan bekerja… aku rasa seperti hendak tidur but it’s just impossible to do so. Oleh kerana titik kawal proses ini terletak di otak, in particular pada hipotalamus, kadang-kadang aku rasa mungkin aku ni dah tak center.

Zolpidem, Mirtazapine, Benzodiazepine, Mescaline for happy times, Codeine, Uphadyl dan banyak lagi… semua ada dalam peti sejuk aku. Kalau member aku ada mini bar – I can say I have one too. Which, in a way achieves the same result. Almost…

Masa aku menguap dan periksa muka aku dekat cermin pagi tadi… aku rasa muka aku dah tak simetrikal. Hmmm… must be the pillow. Mungkin hari ini aku akan cari ubat untuk dapatkan kembali kesimetrian itu.

Wednesday, July 15, 2009

merembes

mak aku pun selalu komplen aku tak reti bergaul dengan orang.
bukan apa... aku penat, penat nak melayan logik orang lain tanpa cuba menekankan logik aku. to put things into perspective, aku lebih rela lari marathon daripada bergaul. jadi... kalau aku tak layan kau sangat... jangan rasa aku sombong, aku cuma suka berlari.

Friday, July 03, 2009

sesetengah manusia hidupnya berhenti pada tahun 1998

alamak!
what?
aku silap!
silap apa?
silap pilih terowong... terowong ni tak ada lampu dekat hujung...
tu diorang cakap...
cakap apa?
terlajak perahu boleh undur, terlajak...
eh silap, tu terlajak kata- kan?

yeap...
so...
yeah...

ok.