Search This Blog

Friday, December 04, 2009

aphrodite melayu siri II

aku tak suka pergi surau. surau tu dekat tepi longkang besar seberang jalan depan taman tempat rumah aku. aku jarang pergi. sebenarnya tak pernah pergi pun. jemaah dekat surau tu pun semua garang belaka.mak aku pernah hempuk aku dengan kayu. kayu yang dia jumpa masa berkebun sebab aku tak nak pergi surau. besar kayu tu. dia kata aku malas sembahyang. sakit kena hempuk. aku pun pergi. tapi aku tipu dia, aku pergi singgah kedai mubarak main tikam tikam. semua orang pandang aku semacam. agaknya sebab aku malas sembahyang.

Dalam hati aku cakap, "Ya Allah, ampunkan hambamu ini."Tuhan Maha Pengampun. bukan macam mak aku. tapi takpe mak aku senang kena tipu.

melati memang lawa... rajin pergi surau pulak tu. ada satu malam tu... bapak melati, abdul rahman namanya, buat kenduri dekat surau. aku curi-curi tengok nama melati dalam buku kedatangan sekolah... sebab tulah aku tahu nama bapak dia. sekarang melati dah masuk universiti, aku je yang tak. bapak dia ustaz. ustaz rahman. dia pun suka hempuk aku dalam kelas. sebab aku malas sembahyang, sama macam mak aku. kenduri tu ada beriani gam.

"hmmm... aku mesti pergi surau."

aku ni agak kacak kalau berbaju melayu. aku rasalah... seingat aku, mak aku yang cakap. masa dekat tengah jalan pergi surau tu macam-macam aku jumpa. biawak mati, pokok berhantu, bola golf (mungkin dari kelab golf askar-askar bersara dekat tepi lake garden)... anjing, anjing tu kejar aku, nasib baik ada bola golf dan makcik limah gemuk. apa punya anjing, orang gemuk pun dia takut. makcik limah gemuk jual kain, tapi aku tak berapa sure dia jual kain atau sekadar suka borak-borak sebab dia tak ada benda lain nak buat selain jual kain. tak ada orang beli kain dia pun... masa berjalan tu, banyak benda aku fikir... pasal kenapa aku malas, kenapa aku kerja part time dekat ladang koko tu, gaji bukan banyak pun... pasal kenapa aku suka melati...

Aku suka Melati. Dia pun suka aku mungkin sebab tangan aku kuat sebab aku kerja kat ladang koko. Kadang-kadang bila aku lapar aku curi koko buat makan tengah hari.Pada hari Ahad, aku naik bas tambang 80 sen dengan Melati pergi berkelah dekat Lake Garden.Aku tak cakap pun kat Melati,"Wah putihnya kulit kau, apa kata kau kasi aku ringan-ringan kejap lagi..."Tak mana ada. Aku cuma senyap je, cakap dalam hati tapi.Hari Ahad tu, masa aku dengan Melati berkelah dekat Lake Garden tu, aku bawak suratkhabar Mingguan Ahad buat alas punggung. Kat surat khabar tu tulis..."PEREMPUAN BUNUH TEMAN LELAKI SELEPAS HUBUNGAN SEKS",aku selerak selerakkan atas tanah je surat khabar tu,"SAYA MAHU LELAKI BERIMAN",Kemudian aku dengan Melati duduk atas tanah beralaskan kertas-kertas tu. Selesa juga kertas surat khabar tu.Lepas tu, aku tak cakap pun,"Minyak Daun Palas, bagus untuk mengubati kurap kepala, tekak berlendir, memutihkan kulit serta keguguran rambut, dijamin berkesan dan murah!"Tak. Mana ada aku cakap. Aku senyap. Aku senyum je.Lepas tu aku cium Melati atas surat khabar mingguan Ahad tu. Kat Lake Garden. Melati kata sedap cium dengan aku. Atas surat khabar.Mingguan Ahad. Pada hari Ahad yang lembap.Kepala aku mana ada kurap.

"ish... kalaula boleh aku cium pipi melati tu...""putih pipi dia... tapi gigi dia bersepah sikit""takpe... boleh suruh dia pakai braces""lepas cium boleh raba-raba...""ASTAGHFIRULLAH" syaitan memang banyak malam malam ni... alah tapi aku malas sembahyang memang patut pun banyak setan dalam badan aku. dah pukul 10.22 dah. aku pakai jam digital casio je. beli kat pasar malam. kenduri macam dah habis. takpe pergi jugak.memang dah habis. ramai yang dah balik. agaknya melati pun dah balik. tak nampak kelibat. "huish, sedap betul bau beriani gam ni..."tiba-tiba aku kena sergah dengan ustaz rahman..."Assalamualaikum, tak nampak pun tadi masa baca Yassin, tulah orang yugoslavia pernah cakap... HE WHO IS LATE MAY GNAW THE BONES" aku tak faham apa ustaz rahman cakap. konon dia tahu speaking dia pandailah. dalam kecoh kecoh orang kemas tu aku selongkar periuk. ada tulang temulang…Orang cakap Jin suka makan tulang. Malam tu... aku makan nasi dengan tulang saja. Agaknya ramai juga jin-jin yang temankan aku pada malam itu. wallah hualam.

20 comments:

Anonymous said...

haha... fully BM entry... based on true story or ur imagination...? ;)
kiss me..kiss me..!! ;p

Anonymous said...

now still malas pegi surau ker..? ;p

oh daNia said...

ehehehe ...

syok~

ni mesti tules ikut hati kannn ...

hebat~

suke :)

mon said...

nice.

Amirul Al Hafiz said...

ok..tp susunan plot bosan r...xde klimaks aku rase

Anonymous said...

tak brapa nak paham la.. seni sangat kot.. lagipun xde equation maths.. ngeee.. :p

bluemonster said...

hahaha...
really suits ur site theme blog!!

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

eh kelakar. never knew that u have blog.

nih btol shahredza minhat yg berlakon jd faqir tu eh? eh siyes suka tgk kamu belakon. nanti belakon lagi tau.

Andartu Timbuktu said...

Menarik. :)

redza minhat said...

:). awang sibuk hari ini. deadline dia dalam masa tiga jam. bukan masalah dia tapi sebab kawannya geraldine tidak masuk ofis hari ini, dia yang kena. awang hanya mahu hisap rokok. awang sempat kejar deadline, finally awang boleh hisap rokok. awang turun bawah basement. awang nampak geraldine tengah hisap rokok.

mana klimaksnya?

Laila_Q said...

klimaknya bila awang nampak geraldine hisap rokok........

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

klimaksnya dekat "mana klimaksnya?" betul kan kan?

Anonymous said...

"Perkara baik yang org lakukan, tak pernah kita ingat.Tapi perkara buruk yang dilakukan, walau hnya sdikit, itulah yang diingat, diungkit dan dicanang smpai mati." say something bro for dis statement....like to read ur silent voice..!!

Anonymous said...

Klimaks dia bila tengok u la Gampang Solo (lalala)...You've been quiet. Kena culik dengan Monkey ke?
Cuba teka siapa saya. Kalau rasa dah dapat, sila sms.
Muahahaha.

redza minhat said...

jangan kisah apa orang cakap. orang lain bukan kasi kau makan pun. ke diorang kasi kau makan? ke tak? kau kisah pasal hal hal kuTuhanan lagi bagus.

and... i am in singapore, i don't really like monkeys. and ... i tak suka teka teka . hahah.

cheers.

Muqreez said...

gampang (senang) & terang , telus & tulus...macam baca balik diari zaman budak2 ( tp pernahkah aku ada diari zaman tu??...huhuh)

keep it up bro...

noharanutdya said...

singgah la jb.. boley klik-klik gamba.. ihi.. nice entry. dan saya belom dpt figure the main point.. urm.. maybe otak da setup tuk lecture this sem. uhu

Anonymous said...

kuTUHANan was conciously arranged or not! hmm it makes me wonder..thats deep bro..r u going somewhere still

amir said...

Best Gila! Aku nak curik style ko untuk tulis kat blog aku!

Aliff Karman said...

Bro, service aku bro. syok plak aku dgr criter ko.