Search This Blog

Monday, July 20, 2009

Dear Marlon

Aku menguap tanda lethargi. Kalau badan aku ada tolok penunjuk kadar tenaga, aku rasa sekarang aku sering berada pada tahap amaran amber. Mungkin berikutan penggunaan zolpidem yang agak keterlaluan kebelakangan ini, aku sering berada dalam keadaan somnolens konstan pada siang hari.

Aku rasa masalah fizikal aku sebenarnya disebabkaan ketergelinciran roh aku daripada rhythm cirkadia – a 24 – hour cycle in the biochemical, physiological or behavioural process of living entities. Senang cerita bila orang tidur aku berjaga, bila orang berjaga dan bekerja… aku rasa seperti hendak tidur but it’s just impossible to do so. Oleh kerana titik kawal proses ini terletak di otak, in particular pada hipotalamus, kadang-kadang aku rasa mungkin aku ni dah tak center.

Zolpidem, Mirtazapine, Benzodiazepine, Mescaline for happy times, Codeine, Uphadyl dan banyak lagi… semua ada dalam peti sejuk aku. Kalau member aku ada mini bar – I can say I have one too. Which, in a way achieves the same result. Almost…

Masa aku menguap dan periksa muka aku dekat cermin pagi tadi… aku rasa muka aku dah tak simetrikal. Hmmm… must be the pillow. Mungkin hari ini aku akan cari ubat untuk dapatkan kembali kesimetrian itu.

3 comments:

Anonymous said...

junkie. remember mj dude.

seymour butts said...

really? and all the while i thought it's excessive top spin.

raiha said...

you fond of using hyperbola in your words,,right??

anyway, it makes you look smarter