Search This Blog

Monday, June 08, 2009

makcik talulah pemain konga

makcik talulah jiran aku merupakan seorang pemain konga. dia cerita pada aku dia paling benci dengan depresi yang kini semakin komersial. terutamanya bila depresi itu terunjur degan penulisan puisi. penulisan puisi akibat depresi adalah seperti membalut daun zanzibar dan kemudiannya dihisap.

aku tanya macam mana rasanya?

dia kata - nak tahu cubalah! dia tersengih, dengan mata sedikit melirik ke gambar potret mendiang suaminya dollah tonte, seorang pemain akordion.

menurut makcik talulah - kerana itulah dia bermain konga. kerana jika dia depres, dia akan melepaskan perasaan pada konganya, katanya depresi itu real jikalau ia bersifat iceberg. dan konga itu hanyalah tip iceberg tersebut.

selain itu makcik talulah juga bermain golf di laman belakang rumahnya. kadang-kadang makcik talulah akan mewarna badannya dengan cat merah jambu. dengan berseluar pendek berwana hijau floresen, beliau akan berjalan-jalan topless sambil menghayun-hayun iron nombor 7 atau 9.

bulan lepas. polis jumpa mayat makcik talulah. di sebelah mayatnya yang terkujur, selaras senapang pump ala charles bronson turut ditemui. polis beritahu aku, makcik talulah telah menghala senapang ke dalam mulutnya dengan angle lebih kurang 45 darjah. polis juga beritahu aku, otak makcik talulah melekat di dinding membentuk corak klef treble. aku rasa polis malaysia memang suka exaggerate.

disebabkan makcik talulah hidup sebatang kara, polis menyerahkan nota bunuh dirinya pada aku. nota itu ditulis atas sekeping invois. invois pembelian 12 kotak susu yang aku tidak tahu untuk siapa. yang pastinya semua susu-susu itu tentu sudah tamat tempoh - tamat tempoh macam makcik talulah.

di atas nota itu tertulis "semua cerita, kalau dipanjangkan... akan berakhir dengan kemusnahan kekal, i.e. kematian... jikalau tidak, cerita itu tidak diceritakan dengan betul..."

aku yakin nota itu ditulis secara fakta tanpa elemen puisi.

1 comment:

un said...

nice rodman.