Search This Blog

Friday, April 24, 2009

jangan makan nasi.

aku adalah protaganis. ini adalah natural kerana kita selalunya protaganis dan orang lain adalah antagonis dalam hidup kita. antagonis aku kali ini adalah pakcik di kafeteria yang aku jumpa hampir setiap hari - yang setiap hari akan tegur aku berkenaan pilihan dietari-ku.

"eh dik, tak makan nasik ke? diet ke?" katanya dengan nada nyaring seolah-olah ingin memberitahu semua orang tentang keganjilan seorang lelaki yang tak makan nasik - sambil tersenyum sinis. secara parallel, mungkin fenomena lelaki tak makan nasik ini sangat menjengkelkan seperti pengklonan manusia dan binatang - abnormal. dan dia akan tegur aku setiap kali, setiap kali aku singgah ke kedainya menjengah smorgasbod yang tersedia.

dan setiap kali itulah aku hanya tersenyum. aku tersenyum kerana pada aku hal-hal dietari adalah sangat peribadi, dan aku rasakan sensitif. sama sensitif kalau kita tahu seorang muslim itu makan babi, orang india makan daging lembu atau orang cina... well they eat everything. itu hak mereka, itu akaun bank mereka... orang lain tidak harus ambil peduli.

jadi seperti biasa, aku senyum ambil makanan dan duduk berseorangan. pakcik kafe kemudiannya turut duduk berhampiran dengan aku sambil menghisap rokok winston.

'awkward moment.'

tak lama selepas itu, ada karektor ketiga, seorang lelaki yang sangat unassuming cuba memasukkan syiling ke dalam poket kecilnya. syiling-syilingnya terjatuh bersepah-sepah di atas lantai dan kebetulan berhampiran dengan kaki pakcik kafe antagonis. dia cuba mengambil syiling tersebut tetapi akibat ukur lilit pinggangnya yang agak besar (about 38-42 inch rough estimate) selain perutnya yang besar, beliau tak mampu tunduk sehabisnya untuk tolong mengutip syiling tersebut. kegagalan ini hanya mampu dimitigate oleh sengihan yang amat sengal. lelaki ketiga itu juga berlalu pergi membiarkan syiling-syilingnya.

seorang lelaki yang sangat unassuming yang telah menyelesaikan segala persoalan pakcik kafe itu, menerangkan segala sebab yang aku perjuangkan, kenapa aku tak makan nasik - situasi ini dipanggil 'deus ex-machina'.

6 comments:

MR BALL said...

rokok winston tak rock.

Mons said...

ah...pandailah. cina makan everythg.

antalie said...

lagi best kalau pakcik tu tergolek waktu cuba kutip, lepas falling action dapatlah dénouement

shamaine said...

dude..this is my effing diary entry! love love love hahahaha

alfie~ said...

ok..i have to admit aku x sepatient ko..
if i were u da lame aku melenting dow..
hate busybody~
(ok, now i'm officially busybody)

raiha said...

god loves you,,