Search This Blog

Thursday, November 09, 2006

spoon deck -cow


Arif
Brutality! Brutality! Brutality! [Keeps crying]

HM
Sudah la tuu! Dah dah diam! Kamu ni menangis kenapa?

Arif
Saya kena pukul cikgu!

HM
Siapa pukul kamu?

Arif
Abang abang prefect. Habis bahu saya tercedera ! [sambil menunjukkan anduh birunya]

HM
Kenapa depa hempuk kamu ? Sampai senget bahu ni. Brutal betul!

Arif
Saya pergi hantar petisyen! Ada protes cikgu. Kakak Maya Karina naikkan harga nasi lemak dekat kantin.

HM
Naik ? Berapa ringgit ? RJ ! How come I didnt know about this ?

RJ
Because you never paid for your own nasi lemak sir.[sotto voce]

HM
Kamu nih ! Itu pun nak merungut. Apa Kakak Maya Karina cakap ?

Arif
Dia cakap minyak naik, api naik, gula pun tak ada.

HM
Aik ? Itu pun nak komplen ? Dema ni, kena la belajar ubah gaya hidup sikit ! Kalau dah tahu nasi lemak mahal, kurangkan sikit makan, kalau selalu makan nasi lemak ayam, sekarang makan nasi lemak ikan bilis dah le, kalau tak mampu makan nasi lemak ikan bilis, tengok udahle, dak gitu RJ ? Hish dema ni, susah bebeno ke nak idup ?

Arif
Tapi Cikgu RJ yang suruh kami pi protes, sekali, abang abang prefect datang pukui kami !

HM
Tak patut betul abang abang kamu ni ! Jangan risau, saya akan ambil tindakan sewajarnya ! Baguih le kamu berjuang untuk nasib anak bangsa. Kita memang memerlukan pelajar macam kamu ni ! Udah, RJ, bawak budak ni pergi jumpa Nurse ! InsyaAllah lah, baik lah bahu tu nanti !

Arif
Terima kasih cikgu

[Arif leaves]

RJ
Actually sir, I was also the one who asked the prefects to hit the boys ! But not very hard. Very very soft only sir !

HM
Abih tu, sampai senget bahu tu ?

RJ
Ah tu yang saya pelik tu! And actually sir, that was the boy I was talking about. You know, our spy! The protest was good publicity for him ! Later, we shall appoint him as the student union leader to infiltrate the school !.

HM
You are very intelligent RJ ! What do I do without you. Now it’s 11 o clock, I am hungry. Please get me Nasi Lemak Kakak Maya Karina ! I want Nasi Lemak Ayam, put daging, sotong, ikan masin, cencalok dengan paru sekali oh yes don’t forget the daging kambing. Kalau ada pedal ayam kamu sental sekali! Kamu RJ nak makan apa? Hah kamu amik lah, nasi lemak Daging Rusa, takpe, kita ni bekerja… nak majukan sekolah, takpelah makan lebih sikit, ye dak?

2 comments:

kyora kejora said...

salute

Anonymous said...

kepala hotak diaaaa. HAHAHAHA neh sumpah lawak ~