Search This Blog

Monday, July 24, 2006

Dear Government Letter




[Dahlia Minhat, 24, Engineer in Lumut wrote this open letter to Najib]

Assalammualaikum dan salam sejahtera Dato Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Negara,

Saya hanya ingin meluahkan perasaan kecewa dan sakit hati kepada pihak Dato Sri mengenai keputusan pembelian dua friget dan dua aircraft baru-baru ini kerana mendapati tindakan Dato itu adalah sesuatu yang bodoh dan dangkal dan mengecewakan.

Saya juga hairan kerana isu NGPV yang masih terbengkalai di Lumut masih lagi tidak selesai tetapi Pertahanan Laut Negara mampu pula untuk mengeluarkan bajet untuk membeli 2 kapal friget baru untuk kegunaan tuan-tuan. Saya pelik kenapa kapal yang sedia ada dan tersiap infrastrukturnya tidak mahu dihabiskan proses pembikinannya, dan tindakan Dato Sri ini bagaikan menggali lubang lain sementara lubang lain belum habis dikambus.

Saya masak benar dengan cara sistem ini dijalankan, sistem memperkayakan Tok Nenek Sedara Mara Pak Menakan Adik Beradik tetapi berilah juga belas ihsan kepada rakyat-rakyat seperti saya walaupun saya tidak mengundi lagi untuk melakukan kerja saya dengan ikhlas,jujur dan amanah dan mendapat gaji halal yang sedikit dan umpama habuk di galaksi ini.

Oleh itu, walaupun Dato Sri ingin membeli walau seribu friget atau seribu aircraft untuk dipasang-pasangkan pada friget itu, saya hampir tidak peduli dan ingin mempersetankan semuanya asalkan Dato Sri dapat meneruskan projek yang terbengkalai tersebut dan dengan demikian bolehlah insan-insan seperti saya memulakan hidup baru dengan keputusan Dato Sri. Akhir kata, buat baik berpada-pada, buat jahat juga berpada-pada. Sekian, terima kasih.

Yang benar, jujur dan ikhlas,

2 comments:

dazzledalie said...

merci! nak cari keje lain ke aa? bloody bodoh najib. huhu.

Anonymous said...

really??